Kajian Pencemaran di Semenyih 2011

Posted On 19 April 2011

Filed under Pelbagai

Comments Dropped leave a response

KAJIAN PENCEMARAN DI SEMENYIH 2011

SENARAI KANDUNGAN Muka surat
1. Senarai kandungan
2. Penghargaan
3. Pendahuluan
4. Objektif Kajian
5. Kawasan kajian – Semenyih
6. Peta daerah Hulu Langat
7. Peta Semenyih
8. Kaedah kajian
9. Graf Indek Pencemar Udara
10. Dapatan Kajian – Konsep dan Definasi Pencemaran
11. Jenis dan Pola Pencemaran Alam Sekitar
12. Punca Pencemaran Alam Sekitar
13. Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Semenyih
14. Langkah –langkah Mengatasi
15. Rumusan
16. Lampiran:
17. Rujukan
.———————————————————————————————
PENGHARGAAN
Saya (nama) telah berjaya menyiapkan kerja kursus Geografi PMR 2011 ini dengan bantuan , sokongan kewangan dan bantuan maklumat pelbagai pihak.
Terima kasih yang amat terhingga kepada ibu bapa saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam ketaatan kepada Allah . Nama bapa saya ialah ___ dan nama ibu saya ialah ___.
Saya juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada pengetua SMK __ iaitu Pn __ yang membenarkan kami melakukan kajian ini. Pihak sekolah telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mendapatkan surat kelulusan untuk melakukan kajian di tempat kajian.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Geografi Tingkatan 1 , 2 dan 3 iaitu ___, ___ dan ___.
Selain itu saya juga dibantu oleh rakan-rakan saya kerana kami buat kerja secara berkumpulan. Nama rakan saya itu ialah ___ dan ___.
Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya.
.———————————————————————————————–
PENDAHULUAN
Kerja kursus Geografi ini dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Sukatan Pelajaran Geografi PMR 2011.
Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 __ di (nama sekolah). Saya telah memilik tajuk (tajuk). Tujuan saya memilih kawasan (nama kawasan) ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat saya dan ibu bapa dan keluarga saya tingggal. Di sini juga letaknya sekolah (nama sekolah) tempat saya belajar. Ekoran itu , kawasan ini memudahkan lagi saya menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain adalah selama satu minggu untuk mengumpulkan maklumat, melukis peta dan dua minggu untuk menulis kerja kursus ini.
Saya berjaya menemuramah seramai 30 orang / responden yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pencemaran alam sekitar di Semenyih 2011.
Kerjasama yang diberikan telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan Kerja Kursus Geografi ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkodkan.
.———————————————————————————————-
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian di kawasan (kawasan anda) untuk mencapai objektif-objektif berikut :
1. Menghuraikan konsep pencemaran alam sekitar di Semenyih
2. Menerangkan pola dan jenis pencemaran alam sekitar di Semenyih
3. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pencemaran alam sekitar di Semenyih
4. Memberikan bukti-bukti tentang kesan pencemaran alam sekitar di Semenyih
5. Memberikan cadangan bagi mengatasi kesan pencemaran alam sekitar di Semenyih
Saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini.
.———————————————————————————————
KAWASAN KAJIAN : SEMENYIH
Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Saya sendiri tinggal di (nama kampung/ taman). Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di 02° 53’ 50’’U hingga 03° 07’ 10’’U dan longitud 101° 50’ 5’’T hingga 101° 57’ 15’’T. Keluasan kawasan kajian adalah 266.60 km2. Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.
Topografi Semenyih agak seimbang dengan adanya kawasan landai, beralun, dan tanah tinggi. Lebih kurang 65 % lembangan Sungai Semenyih adalah bergunung-ganang dan kawasan hilir sungai adalah berpaya.
Jarak di antara Semenyih dengan bandar berhampiran:
Semenyih – Kajang 8 km Semenyih – K. Lumpur 32km
Semenyih – Beranang 8 km Semenyih – Broga 12km
Semenyih – Kuala Klawang 60 km Semenyih – Bangi Lama 8km
Semenyih – B Baru Bangi 20 km Semenyih – Seremban 32km
Semenyih – KLIA 56km

Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih. Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah.
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut:-
1. Sungai Semenyih 6. Sungai Batangsi
2. Sungai Lalang 7. Sungai Saringgit
3. Sungai Kachau 8. Sungai Broga
4. Sungai Rinching 9. Sungai Purun
5. Sungai Tekala 10. Sungai Pening.
Sungai Semenyih mengalir dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan Selangor – Negeri Sembilan. Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Dalamnya hanya 1-2 meter sahaja. Sungai Semenyih bercantum dengan Sungai Langat di Jenderam.
Cuaca di Semenyih panas dan lembab. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih. Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius. Hujan sering turun pada waktu petang. Hujan perolakan turun pada waktu petang. Tidak ada hujan bukit.
.———————————————————————————————-
KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya dan rakan-rakan, antara kaedah yang telah digunakan ialah :
1.Rujukan internet
Saya telah menggunakan rujukan menggunakan internet di rumah rakan saya dan di kafe siber .Terdapat banyak maklumat tentang pencemaran udara, air, udara, bunyi yang telah dikaji di Semenyih. Antara laman web yang banyak membantu saya ialah :

http://ms.wikipedia.org\wiki\Semenyih

http://ms.wikipedia.org\wiki\Pencemaran

http://smeh.tripod.com

http://www.google.com

2.Temubual
Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama rakan-rakan dan melakukan temubual dengan pelbagai pihak. Saya membuat permerhatian dari pelbagai sudut tentang pencemaran alam sekitar di Semenyih.
3.Soal selidik
Saya dan rakan-rakan telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan-rakan lain dan jiran-jiran di (nama tempat). Mereka telah mengisinya dan saya mengutipnya semula. Kemudian saya membuat jadual, graf dan tafsirkan.
.———————————————————————————————-
GRAF INDEK PENCEMAR UDARA

Pencemar diukur pada skala antara 0-500. IPU dikategorikan pada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya. Pencemar udara yang utama ialah :
– Karbon monoksida (CO)
– Ozon (O3)
– Sulfur dioksida (SO2)
– Nitrogen dioksida (A/O2)
– Habuk terampai 10 mikron ke bawah (PM10)
.———————————————————————————————-
KONSEP DAN DEFINASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menurut Kamus Dewan , maksud pencemaran ialah pengotoran alam atau memasukkan bahan kimia, bunyi hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem
.———————————————————————————————-
JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI SEMENYIH
Terdapat beberapa jenis pencemaran yang mengancam bumi kita, antaranya:
– Pencemaran udara, iaitu pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contohnya karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida dari kenderaan dan kilang industri.
– Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.
– Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih.
– Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
– Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri.
– Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan
– Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia.
– Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.
.———————————————————————————————-
PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI SEMENYIH
Punca pencemaran alam sekitar di Semenyih terbahagi kepada pencemaran air Sungai Semenyih, Kuari , sampah sarap , pencemaran asap dari kilang dan kenderaan.

PENCEMARAN AIR SUNGAI SEMENYIH
Lembangan Sungai Semenyih mempunyai 36 cawangan lembah dan 25 tadahan air sederhana yang meliputi kawasan 230.94 km². Lembangan Sungai Semenyih ini termasuklah Empangan Semenyih. Panjang sungai ini 37 kilometer. Kadar kandungan airnya pada 9.90 to 15.60 cumec or equal to 0.85x 10⁶m³ to 1.30x 10⁶m³ .
11 stesen persampelan kualiti air dibina di Sungai Semenyih oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1999. Tahap pencemaran air semakin meningkat terutama berhampiran kawasan pertanian, industri dan penduduk.
Kandungan kuprum akibat banyak aktiviti pertanian, penternakan dan industri di kawasan hilir Sungai Semenyih. Kuprum banyak digunakan dalam racun perosak, bahan makanan ternakan, barang-barang elektrik, tekstil dan cat. Secara amnya kepekatan logam berat kajian dalam air di Lembangan Sg. Semenyih masih rendah.
Klorin digunakan di Loji Rawatan Air Semenyih untuk membunuh kuman atau patogen dalam air. Klorin digunakan kerana kosnya murah dan mudah didapati. Klorin digunakan untuk disinfeksi ammonia, sianida, sulfida, fenol, fosforus, nitrit, mangan, ferum, dan karbon organik.
Pencemaran ammonia banyak berpunca daripada kumbahan domestik dan sistem rawatan kumbahan yang belum siap di Bandar Rinching dan Bandar Tasik Kesuma.
Pencemaran sianida dihasilkan oleh industri yang berasaskan elektropenyaduran dan racun insektisid di situ,
Pencemaran Ion sulfida akibat sisa industri yang berasaskan kimia, kertas, tektil, dan aktiviti menyamak kulit binatang. Pencemaran fenol berpunca daripada aktiviti perindustrian yang menyalurkan sisanya ke dalam Sungai Semenyih.
Pencemaran fosforus disebabkan penggunaan detergen sintetik , bahan pencuci dan penggunaan baja dalam aktiviti pertanian di Empangan Semenyih, Sungai Semenyih , dan Sungai Rinching.
Pencemaran nitrit dikaitkan dengan sisa buangan industri dan aktiviti penternakan di Sungai Rinching.
Pencemaran mangan di paling tinggi di Sungai Beranang kerana tapak pelupusan sisa pepejal berhampiran Sungai Beranang.
Pencemaran ferum di Sungai Rinching dan Sungai Beranang berpunca daripada larut lesap dari tapak pelupusan sampah, kakisan daripada jambatan yang berhampiran dengan sungai, dan sisa buangan industri.
Sungai Kembung mengandungi lechate yang kotor dan hitam dari bekas Tapak Pelupusan Sampah Sungai Kembung. Tapak pelupusan sampah ini milik Majlis Perbandaran Kajang.
Sungai Lalang dan Sungai Semenyih tercemar kerana adanya kilang di Zon Perindustrian Sungai Lalang dan Zon Perindustrian Batu 2 Jalan Bangi Lama.
Sungai Ayam Mati di Kampung Baru Semenyih pernah dicemari oleh sisa bulu ayam sembelihan , sisa sayur dan hanyir ikan dari Pasar Kampung Baru Semenyih dan Pasar Semenyih.

PUNCA PENCEMARAN LAIN DI SEMENYIH
1.Sejak 2004 , sejumlah 1500 keluarga di Bandar Sunway Semenyih kecewa dengan tapak kuari di belakang rumah mereka.Selain itu, wujud 14 buah kilang yang terdiri daripada kilang perabot, membuat zink serta keluli sementara dua buah kilang sedang dalam pembinaan. Kuari dan kilang ini mengeluarkan bunyi bising, habuk dan bau yang kurang menyenangkan. Bagaimana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meluluskan lesen ?.
2. Tapak Pelupusan Sampah di Sungai Kembong, Semenyih milik MPKJ telah ditutup tetapi masih bocor. Bau busuk dihidu penduduk kampung setiap hari. Syarikat Worldwide Holdings Berhad (WHB) gagal menyekat pencemaran leachate atau sisa buangan di Sungai Beranang akibat hujan lebat pada 2010. Konsortium ABASS, anak syarikat kerajaan negeri Selangor terpaksa memberhentikan operasi Loji Air Semenyih di Jenderam Hilir. Kandungan amonia yang tinggi, sehingga 6.41 miligram per liter dari sumber air.Loji air ini telah beroperasi sejak 2000 lagi. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengisytiharkan pelan tindakan kecemasan peringkat merah.
3. Pengusaha pasir di Sungai Macang dan Batu 5, Jalan Bangi, Semenyih telah menyebabkan air sungai keruh dan kotor. Pejabat Daerah Hulu Langat dapat mengesan aktiviti mengeluar, memindah dan menjual bahan batuan pasir secara haram ini.
4. Pencemaran asap kilang juga berlaku di Semenyih . Pada waktu senja, cerobong asap kilang yang tinggi mengeluarkan asap hitam pekat dari beberapa kilang di Jalan Bangi Lama dan kilang di Jalan Sungai Lalang. Habuk dan debu dari kilang perabot juga menyesakkan nafas penduduk di Kampung Sungai Purun, Baru 2. Cermin tingkap dipenuhi dengan debu dari kilang di hadapan rumah mereka.
5. Pencemaran asap / gas karbon dioksida, sulfur dioksida dan kloroflorokarbon dari ekzos kenderaan juga wujud . Gas bahaya seperti karbon monoksida boleh menyebabkan manusia sesak nafas, asthma, pedih mata dan kanser kulit. Kita tidak selamat berada di tepi jalan raya kerana terpaksa menyedut asap hitam masuk ke dalam rongga paru-paru. Semua ini berpunca dari gegelang omboh dan silinder yang haus .Sepatutnya lori, motosikal, kereta diservis setiap 5000km perjalanan – tukar minyak pelincir dan penapis bahan api. Asap boleh menyebabkan penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Penggunaan penyembur aerosol, peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan rumah hijau.
6. Penebangan hutan berlaku di Semenyih untuk pembangunan ladang, perumahan, jalan raya. Banyak flora dan fauna pupus dan tidak ditemui lagi. Antara spesies yang tidak ditemui lagi ialah pokok liana, rafflesia, periuk kera, tupai kerawak dan babi hutan . Hutan Simpan Sungai Lalang dan Hutan Simpan Sungai Tekala banyak kali diceroboh. Kasihan Orang Asli Kampung Donglai terpaksa dipindahkan demi pembinaan Empangan Semenyih .
.———————————————————————————————-
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. Pada 1965, Sungai Semenyih yang bengkang-bengkok telah diluruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengatasi masalah banjir kilat. Akibatnya tanaman padi tidak lagi dapat dijalankan di Kampung Sungai Purun kerana air Sungai Semenyih menjadi terlalu cetek.
2. Kegiatan lombong bijih timah di Semenyih telah dihentikan di Semenyih pada 1981 kerana harga bijih timah jatuh merudum. Oleh itu air Sungai Saringgit dan Sungai Lalang tidak lagi sekotor dan keruh seperti dahulu.
3. Empangan Semenyih telah siap dibina pada 1985 bagi mengatasi masalah banjir dan banjir kilat Sungai Purun dan Sungai Semenyih. Akibatnya jumlah ikan sungai semakin kurang kerana air tidak dalam.
4. Pada 2002 longkang konkrit sedalam 3 meter dan lebar 5 meter telah dibina di Kampung Baru Semenyih bagi mengatasi banjir kilat. Panjang longkang konkrit ini sepanjang 2 kilometer.
5. Semua ayam dan babi telah disembelih di tempat baru iaitu di Zon kilang Taman Seri Haneco.
6. Majlis Perbandaran Kajang telah menutup Tapak Pelupusan Sampah Sungai Kembung . Benteng sungai telah dibina agar lechate tidak melimpah ke Sungai Kembung .
7. Kilang insenarator untuk memproses sampah telah dibina di Kampung Pasir , Semenyih. Semua sampah domestic di Semenyih, Bangi , Hulu Langat dan Cheras telah dihantar ke insenarator milik swasta ini (Cypark Resource Bhd). Tenaga elektrik dihasilkan dari sampah .
8. Loji Air Semenyih di Jenderam Hilir dan Syarikat Bekalan Air Syabas telah memantau sebarang kemerosotan kualiti air sungai dan puncanya. Sebarang gangguan bekalan air akan dihebahkan melalui radio dan televisyen.
9. Kilang ternakan babi yang banyak di Broga, Sungai Semenyih dan Bandar Teknologi telah ditutup dan dipindahkan semasa Menteri Besar Selangor , Dr Khir Toyo. Ladang ternakan babi moden telah diselaras dan dipusatkan di Ladang Tumbok, Sepang.
10. Ladang ternakan ayam di Kampung Rinching Hilir dan di Broga telah menggunakan sistem saliran najis ayam yang moden. Najis ayam dan bulunya diproses dan dijadikan baja pertanian.
11. Kilang kelapa sawit berhampiran Taman Desa Mewah dan belakang Sungai Lalang telah ditutup dan dipindahkan ke Pahang pada 2004.
12. Kilang-kilang yang beroperasi secara haram telah distruktur semula dan ditempatkan semula di Zon Perindustrian Jalan Bangi Lama sejak zaman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad bin Muhamad Taib.
13. Jabatan Alam Sekitar ditempatkan di Kajang bagi memantau pencemaran alam sekitar di daerah Hulu Langat. Undang-undang dikuatkuasakan. Mana-mana kilang yang membuang sisa toksik dan asap hitam akan didenda atau diarah tutup.
14. Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Kajang akan segera memadamkan pembakaran terbuka bagi mengelakkan pencemaran asap berlaku.
15. Surat khabar , majalah , radio dan televisyen juga menggesa orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata.
16. Syarikat Indah Water Konsortium beroperasi lebih cekap menyedut dan memproses sisa najis dalam tangki septik. Sisa air kencing dan najis manusia tidak disalur terus ke Sungai Semenyih . Ia dirawat terlebih dahulu.
17. Amalan Kitar Semula dan tidak guna beg plastik pada hari Sabtu.
.———————————————————————————————-
RUJUKAN
Senaraikan laman web di internet.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Semenyih

http://ms.wikipedia.org/wiki/Migrasi

http://smeh.tripod.com

http://pkukmweb.ukm.my/~mjas/v12_n1/10.pdf

http://www.google.com kualiti air semenyih
site:http://www.utusan.com.my pencemaran semenyih
site:http://www.bharian.com.my pencemaran semenyih

Senaraikan nama buku rujukan
1. Majlis Daerah Hulu Langat 1996. Rancangan Struktur Majlis Daerah HuluLangat dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Hulu Langat 1995-2020. Laporan Pemeriksaan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor.
2. Sukiman Sarmani 1985. Kajian pemonitoran kualiti air lembangan Sungai Langat,Selangor. Sains Malaysiana 14(2): 245-255.
3. The Malaysian Journal of Analytical Sciences Vol. 12 No. 1 (2008)
4. Pertanika , Jabatan Sains Pertanian Topika,UPM, VOL. 26 NO.2, 2003

Senaraikan nama majalah dan surat khabar serta tarikhnya
.———————————————————————————————-
LAMPIRAN
– Tampal gambar-gambar pencemaran
– -Surat kebenaran ibu bapa
– -Senarai soalan temubual
– -Borang soal soal selidik
– -Gambar / foto / keratan akhbar

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.